Download Firefox

firefox download button

Google Search

Bible Verse of the Day

Friday, June 14, 2013

Mengetahui Pelbagai Bahasa

Para Pembaca Sekalian,

Kebanyakan penduduk Malaysia boleh bertutur dalam dua atau tiga bahasa termasuk Bahasa Melayu. Ini tidak menjadi satu masalah kerana penduduk Malaysia berbilang kaum and bangsa.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai badan rasmi untuk bahasa negara mengambil langkah untuk memelihara and mengekalkan penggunaan Bahasa Melayu di negara kita. Ini adalah baik untuk mengekalkan warisan bahasa ini. Akan tetapi, saya berasa bertuah dapat berbual dalam lebih daripada satu bahasa.

Bahasa Melayu saya bukanlah baik sangat tetapi memuaskan. Secara jujurnya, saya lebih selesa berbahasa Inggeris daripada berbahasa Melayu. Selain daripada itu, saya juga boleh berbual dalam bahasa Cina, dialek Kantonis. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah, kita belajar kebanyakan mata pelajaran dalam Bahasa Melayu. Dari sinilah kita bermula mengetahui Bahasa Melayu. Hanya satu pelajaran saja, iaitu Bahasa Inggeris kita dapatlah belajar bahasa ini.

Sebenarnya, tiada salahnya kita menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina di negara ini. Ini tidak akan menjejaskan budaya Bahasa Melayu di negara ini. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua negara ini adalah baik untuk memajukan negara ini and memajukan diri sendiri. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antrabangsa, juga dikenali sebagai lingua franca di dunia ini. Ia digunakan di kebanyakan negara seperti Amerika Syarikat, Australia, Kanada, England dan negara-negara Asean dan Komanwel dalam perbincangan rasmi sama ada ekonomi ataupun teknologi dan isu-isu antarabangsa. Kebanyakan istilah-istilah bidang teknologi maklumat, kewangan, sains, kedoktoran and kejuruteraan adalah dalam bahasa Inggeris. Syarikat-syarikat antrabangsa dan tempatan negara ini juga melihat Bahasa Inggeris sebagai salah satu keupayaan untuk seorang individu. Bahasa Cina sama ada Kantonis atau Mandarin atau dialek lain juga digunakan dalam perbualan semasa dengan ahli keluarga atau kawan-kawan. Bahasa Melayu hanya digunakan di negara ini, Singapura dan Indonesia. Ia juga digunakan untuk perbualan dan dokumen rasmi negara. Bahasa Inggeris adalah penting untuk berkomunikasi dengan orang ramai di negara-negara lain selain Malaysia.

Sebenarnya, kita mempunyai kelebihan jika kita boleh bertutur dalam beberapa bahasa. Sekarang, kita dapat melihat bahawa Bahasa Cina (Mandarin) sudah mula mendapat perhatian orang ramai. Negara Cina merupakan salah satu daripada negara-negara terbesar di dunia. Ekonomi negara Cina juga ialah salah satu daripada negara ekonomi terbesar di dunia ini. Lebih banyak orang sudah mula belajar bahasa Cina atau bahasa lain seperti bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa Itali. Ini boleh digunakan jika kita mendapat pekerjaan di negara Cina atau semasa melancong. Ini memudahkan kita bertutur dengan lebih mudah di sana dan juga bertutur dengan sahabat berbangsa Cina. Negara Cina juga mengehos Sukan Olimpik Beijing 2008. Penduduk Cina beria-ria ingin belajar Bahasa Inggeris untuk mengalu-alukan kedatangan pelawat-pelawat demikian dapat mengeratkan hubungan.

Kalau difikirkan, sesetengah perkataan Bahasa Melayu adalah dipinjam daripada Bahasa Inggeris. Perkataan seperti ais, dialek, diskusi, isu, efektif, kronik, kompromi, wad, hospital, klinik, ambulans, tren, sistem, radio, trafik, musik, pen, pensel, kad, fail, dinamik, telefon, tisu dan rel merupakan perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris.

Penggunaan Bahasa Inggeris and Bahasa Cina tidak akan menjejaskan warisan Bahasa Melayu. Matlamat untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi mata pelajaran Matematik dan Sains (Fizik, Kimia dan Biologi) adalah satu usaha yang baik untuk meningkatkan prestasi pelajar-pelajar di peringkat kolej and universiti. Penggunaan Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Matematik and Sains adalah bagus tetapi ini akan digantikan dengan Inggeris terutamanya di kolej swasta dan universiti swasta. Cadangan ini akan membantu pelajar-pelajar memahami istilah-istilah Bahasa Inggeris dengan lebih cepat and mudah. 

Daripada,

Rogerkoo

No comments:

Nuffnang

CNET Reviews